ANAK SULONG
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
MASA SEDANG BERJALAN
JOM BORAK
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 26 on Fri Mar 03, 2023 2:29 pm
Latest topics
» NO PHONE KORANG
Cara menghidupkan kereta apabila bateri lemah EmptyThu Mar 04, 2010 8:28 pm by ~dila~

» Majlis Perkahwinan
Cara menghidupkan kereta apabila bateri lemah EmptyThu Mar 04, 2010 8:17 pm by ~dila~

» PENGUGURAN ORANG YANG TIDAK BERKENAAN
Cara menghidupkan kereta apabila bateri lemah EmptyTue Apr 21, 2009 5:48 am by Bytronismo

» 1st batch Graphic & Photography Department : Pulau Pangkor Trip
Cara menghidupkan kereta apabila bateri lemah EmptyTue Apr 07, 2009 3:54 am by yasin

» PERLANTIKAN AJK UTK REUNION KE SRI ISKANDAR
Cara menghidupkan kereta apabila bateri lemah EmptyTue Apr 07, 2009 3:52 am by yasin

» TAHNIAH KEPADA NULINZA KERANA MENDAPAT ANAK SULONG
Cara menghidupkan kereta apabila bateri lemah EmptyTue Apr 07, 2009 3:51 am by yasin

» ID YAHOO MASENGGER ANDA
Cara menghidupkan kereta apabila bateri lemah EmptyTue Mar 24, 2009 5:41 pm by NOruLEZ

» LEVANTINE : Band Encik Virus dan Kawan Kawan
Cara menghidupkan kereta apabila bateri lemah EmptyTue Feb 24, 2009 12:41 am by mana

» Man utd!! Man utd!! Man utd!!
Cara menghidupkan kereta apabila bateri lemah EmptyThu Feb 19, 2009 7:16 pm by yasin

Poll

Cara menghidupkan kereta apabila bateri lemah

Go down

Cara menghidupkan kereta apabila bateri lemah Empty Cara menghidupkan kereta apabila bateri lemah

Post  ralf_t0g3 Wed Jan 28, 2009 5:55 pm

Selalunya, bagi korg2 yang alami situasi ini akan berasa gelabah apabila kereta tidak boleh dihidupkan kerana bateri lemah atau ada masalah lain pada enjin. Kegelisahan bertambah ketara apabila masalah itu berlaku ketika anda terburu-buru untuk ke pejabat, hospital atau memenuhi temu janji. Ada sebab mengapa enjin jika tidak dapat dihidupkan walau pun kunci sudah diputar ke arah ‘start’. Apabila enjin tidak dapat dihidupkan dengan mudah kerana bateri dan/atau motor starter dalam keadaan rosak, biasanya enjin dapat start dengan prosedur berikut:

1: Menghidupkan enjin dengan menolak kenderaan bagi kereta manual. Meskipun bateri dalam keadaan lemah, enjin akan dapat dihidupkan dengan cara menolak kenderaan apabila bateri sekurang-kurangnya masih dapat dapat menerangkan lampu besar.
Pertama, nyalakan suis kemudian mintalah bantuan dua atau tiga orang untuk menolak kenderaan anda ke depan. Tekan pedal klac dlm keadaan gear dua, apabila kenderaan sudah berjalan cukup cepat, maka lepaskan pedal perlahan2. Apabila enjin sudah dapat berfungsi, pijaklah segera pedal sementara itu pijaklah pedal minyak untuk meninggikan putaran enjin. Menggunakan prosedur yang sama, kereta juga dapat dihidupkan dengan cara ditarik kenderaan lain. Apapun, prosedur kedua-dua teknik itu tidak dapat digunakan untuk kereta automatik.

2: Satu lagi cara ialah dengan menghidupkan enjin dengan pertolongan bateri dari kenderaan lain. Jika ada kenderaan lain dengan bateri yang baik dan tersedia kabel yang cukup panjang, maka enjin dapat dihidupkan dengan menghubungkan terminal positif dengan positif dan negatif dengan negatif dari kedua-dua kenderaan itu. Kaedah ini dapat dilakukan apabila kedua-dua bateri mempunyai kuasa yang sama. Ketika suis kontak starter diputar, lazimnya motor starter berfungsi tetapi ada ketikanya gandar enjin tidak berputar. Dan dalam keadaan lain pula, ketika suis kontak starter diputar, enjin dapat berfungsi tetapi tidak berjalan dengan baik dan kemudian mati dengan tiba-tiba. Dalam keadaan itu, antara kerosakan yang mungkin berlaku adalah kerosakan pada motor starter, gigi motor starter atau roda daya rosak. Kejadian itu bukan kali pertama terjadi. Dalam keadaan lain ketika suis kontak diputar, motor starter berfungsi dan gandar enjin berputar cepat tetapi enjin tidak dapat berfungsi atau ketika suis kontak starter diputar, enjin dapat berfungsi tidak berjalan dengan baik dan kemudian mati dengan tiba-tiba.

Dalam kedua-dua kes itu mereka mungkin berhadapan dengan kerosakan pada sistem penyaluran bahan bakar (sistem petrol) atau sistem penyalaan. Apabila motor starter berfungsi dan dapat memutar gandar enjin dengan baik, tetapi enjin tidak dapat berfungsi, maka hal itu menunjukkan kerosakan tidak berlaku pada bateri dan peralatan start. Biasanya, apabila proses mampatan dapat berjalan lancar, enjin tidak akan secara tiba-tiba rosak. Justeru, kerosakan harus dicari pada sistem penyaluran petrol dan sistem penyalaannya.

Bila keadaan itu terjadi, perkara yang harus diperiksa adalah: adakah minyak dalam tangki, adakah minyak dalam karburetor cukup? Jika cukup, ini bermakna kerosakan mungkin terletak pada sistem penyalaan.

Jika melimpah pula (karburator basah), enjin sukar dihidupkan kerana minyak yang masuk dalam ruang pembakaran terlalu banyak. Minyak melimpah biasanya terjadi kerana tutup jarum yang mengendalikan kemasukan minyak ke ruang pelampung (dalam karburator) tidak berfungsi, mungkin kerana tersekat habuk. Jika melimpah adalah sebab kegagalan enjin dihidupkan, keluarkan minyak daripada karburator, bersihkan kotoran di tutup jarum dan masuk semula minyak.

Enjin yang karburetor melimpah boleh dihidupkan dengan cara berikut. Pijak pedal petrol sepenuhnya, jalankan motor starter. Minyak yang masuk dari karburetor ke silinder melalui saluran isap dapat dihilangkan dan selepas itu enjin dapat berfungsi. Kawal injak minyak sedemikian sehingga putaran enjin terlalu tinggi. Meskipun demikian, ada kemungkinan enjin tidak dapat berfungsi, sedangkan karburetor tetap melimpah. Dalam hal ini, bawalah ke mekanik anda untuk dibaiki.
ralf_t0g3
ralf_t0g3

Number of posts : 82
Age : 39
Location : Georgetown, Penang
Registration date : 14/01/2009

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum